Kakitangan

Kenapa Aku Lalai Sangat?

Assalamualaikum :))

Apa la kena dengan aku nie? Benda penting pun aku boleh lalai. Nie suma gara gara aku tak check betul betul la lepas aku habis isi borang nak apply U tue. Padahal benda tue, aku dah copy masuk lappy aku nie tapi, aku tak belek pun. Aku buat mudah ja kan. Sebelum nie kawan aku ada tanya, pos tak lagi kat U yang aku mintak tue. Aku pun duk heran gak kena pos benda apa. Rupa-rupanya kena pos salinan IC, sijil berhenti sekolah, sijil SPM, sijil kelahiran. Yang tue tak pa la lagi, semua dah ada. Tapi, dia nak gak surat pengesahan tamat pengajian. OMG.. Nak kena amek kat mana menatang alah tue. Kat kolej la, kat mana lagi. Makna nya, aku kena p kolej la.

Rabu pagi tue aku kena mengajar basic Microsoft Word kat staff staff dari jabatan kerajaan. Nasib baik la kelas habis awal. Ala, basic Microsoft Word ja kan. Lepas ja lunch, aku mintak balik awal, sebab nak p kolej. Lagipun tak da keja apa pun kat office tue. Nasib baik jugak la aku tak p kolej ari khamis tue, sebab khamis tue aku kena tolong Cik Shikin handle kelas Microsoft Access lak.

Lepas ja settle suma benda tue kat kolej, aku singgah jap kat Taman Rakyat. Rindu kot kat taman tue. Mana tak nya, setahun lebih aku duk menyewa kat sana. Macam macam benda dah jadi, tak kira la manis ka pahit ka masin ka. Yang paling aku tak boleh lupa, kat taman tue jugak la aku bertemu dengan chenta hati aku tue. Alhamdulilah, kami masih lagi bersama sampai sekarang. Dah alang alang p Alor Star, aku jumpa la jap chenta hati aku tue. Nasib baik ari tue dia keja kat Taman Rakyat. Hilang jugak rindu aku kat dia.

Kena marah la plak dengan chenta hati aku tue, mana tak nya, aku nie suka buat keja last minit. Kena la dengar dia bersyarah sat. Hehe. Sori eh sayang, tak sengaja la. Kamu pun bukan tak tau yang awek kamu nie macam mana, CARELESS. Lepas nie, saya janji akan lebih hati hati kalau buat apa apa pun k. Tapi syok la dengar dia bersyarah, dah macam mak aku bersyarah. Boleh jadi geng dengan Cik Nab la nanti. Kan sayang. Hehe. Tak pa tak pa, tak kisah pun kalau kena bersyarah, tue untuk diri aku jugak kan. Padan la dengan aku nie yang boleh lalai benda yang penting.


nota ringkas :
 ampa suma doakan aku k. harap sangat aku dapat future 
degree aku kat mana mana U. nak balas balik segala jasa & pengorbanan
Encik Johari & Puan Zainab terhadap 
aku selama nie.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..
Jemput la komen sebab komen anda semua sangat la berharga :)