Kakitangan

3 Jenis Jodoh Dari Allah



1. Cinta Datang Dari Syaitan
Cinta jenis nie datang dari syaitan. Pada suatu hari, Si A keluar bersama
teman wanita dia, mereka pergi makan-makan, tengok wayang,
main boling dan lepak. Benda ini mungkin terjadi pada Hari Kekasih.
Si A berzina dengan perempuan tue. Selang tiga bulan, mengandung anak luar nikah.
Mereka melangsungkan perkahwinan. Cinta ini datang dari syaitan kerana
perkahwinan mengikut hawa nafsu.


2. Cinta Datang Dari Jin
Si awek di tempat kerja Si B nie cantik. Si B suka dia dan dia tak suka pada Si B.
Awek nie pangkat besar dalam pejabat. Pada suatu hari, Si B pergi jumpa bomoh,
suruh bomohkan awek di tempat kerja Si B tue. Kemudian dia jatuh hati pada Si B.
Si B suruh mak dia pinangkan awek tue, pinangan diterima. Mereka
melangsungkan perkahwinan. Cinta jenis nie datangnya dari jin, mana boleh
paksa orang suka pada kita.


3. Cinta Datang Dari Allah
Bak kata orang, apabila mata ke mata, hati ke hati, dan
bibir mulalah berbicara kata cinta. Cinta yang tulus ikhlas berserta keimanan
yang kental. Mereka sama-sama suka kerana semua terjadi
kerana keimanan dihati mereka.
Lalu Si C suruh mak masuk minang. Pinangan diterima.
Mereka melangsungkan perkahwinan.
Cinta jenis nie datangnya dari Allah,
InsyaAllah,
akan bahagia kekal hingga ke anak cucu cicit.
Cinta dan anugerah yang tak ternilai.


p/s :
mana satu cinta pilihan korang??
aku nak kan cinta yang ketiga kerana
ia akan berkekalan hingga ke akhir hayat.
Doakan supaya suatu hari nanti aku dapat 
cinta yang ketiga tue.
Amin...

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..
Jemput la komen sebab komen anda semua sangat la berharga :)