Tinggal lebih kurang 2 minggu lagi ja aku nak final exam. So, sekarang nie memang sibuk la kan. Siapkan mana-mana asignment yang terbengkalai, faham kan apa yang tak faham. Lecturer pun sibuk jugak, sibuk nak habiskan silibus. Apa lagi, mengajar dah serupa kereta api yang tak ada brek la kan. 2 jam kelas, boleh habiskan 3 chapter. Memang superb la kan. Kitaorang yang students nie plak, memang pening la kan, macam telan panadol sepapan.
Cuti semester nie, aku tak dapat buat short sem. So, aku balik bercuti sem di Kedah la. Dapat la duk bawah ketiak mak ayah untuk sebulan lebih. Dapat la berjimba-jimba dengan kawan-kawan. Dapat jugak berdating dengan hero kan. Tapi rasanya, cuti sem nanti aku nak kerja part time. Nak cari duit lebih. Semester depan aku dah tak boleh nak duk asrama. Kitaorang kena kick dari Jalan Tandok. Alasannya, untuk intake Julai nanti, ramai budak-budak yang akan daftar masuk. So, kitaorang yang tak bersalah nie terpaksa la mencari rumah sewa yang agak mahal kos nya. Memang tak patut la kan kitaorang kena macam nie. Tak kisah la nak ambil banyak mana pun students tapi tak perlu la kot suruh kitaorang keluar asrama kan. Dah kalau nak ambil banyak sangat, sedia la tempat lain untuk diaorang kan. Tapi apa boleh buat kan, dekan UNIKL bukannya bapak aku kan, so diam ja la. Bertindak ikut arahan la jawabnya kan.
Agak susah la jugak nak cari rumah sewa kat kota metropolitan nie kan. Kalau tak ada 1K, jangan mimpi la nak boleh duk. Nak sewa bilik pun mahal. Sewa master room saja macam sewa sebuah rumah kat Kedah. Geleng kepala aku bila tengok kat mudah.com tadi. Mak aku plak, lagi haru la bila dapat tau aku kena duk luar. Suruh cari rumah yang dekat dengan kampus la. Bukan apa, faham-faham ja la environment kat Kuala Lumpur nie macam mana kan. Aku sendiri pun takut. Kadang-kadang rasa macam aku duk overseas ja. Mana tak nya, aku duk nampak rakyat lain ja yang banyak kat Malaysia nie. Dah duk luar nanti, harap-harap kaki aku tak panjang la kan. Hewhewhew ^_^
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum..
Jemput la komen sebab komen anda semua sangat la berharga :)