Kakitangan

Good Luck

Assalamualaikum :)

Sekarang nie mesti budak-budak U tengah perah otak untuk final exam kan. Study jangan tak study yer kawan-kawan. Aku dah lepas azab final exam, cuma tunggu result keluar ja, tue pun azab jugak kan.  Kepada hero heroin aku tue, good luck yer sayang-sayang ku sekalian. Untuk bff aku, Shahirah yang kat UPSI tue, good luck sayang untuk paper ke empat hari Rabu nie. Untuk Syu yang kat UITM, maaf sayang, dila tak tau bila awak start exam. Kita mesej awak tak balas, call pun tak jawab, maybe awak sibuk kot. Apa pun, harap awak bertabah dengan apa yang terjadi, maaf sangat tak dapat nak tolong hari tue, dila pun ada masalah jugak time tue. Tak lupa jugak, untuk Farhana & Hafiz yang kat UUM tue, good luck jugak untuk korang. Untuk Fatmaliana yang jauh di UNIMAS, good luck untuk first paper esok.

Nak wish good luck jugak untuk kawan aku yang dapat p polis tue. Tahniah yer awak.! Semoga dapat mengharungi latihan selama 6 bulan dengan jayanya. Dah habis nanti, boleh kot open table untuk kawan-kawan. Harap awak tak rindu kami semua kat sini especially si kecik nie kan ^_^. Nanti kalau kami keluar lepak makan rojak kat Taman Jubli, mesti tak cukup forum sebab awak tak da kan. We will miss u :)
Untuk bf lama, tahniah sebab awak dah habis latihan selama 6 bulan kat Lumut tue. Dengar ceta, awak dapat posting kat Johor. Selamat menjalani alam pekerjaan yer awak. Kerja pun dah elok, lepas nie mesti rancang nak kawin kan, jodoh pun dah ada, harap awak tak lupa jemput saya la.

Lastly, good luck untuk adik-adik lepasan SPM yang nak sambung belajar tue. Ada yang dah masuk belajar, ada yang daftar masuk untuk bulan 7 nie. Untuk adik Tiqa, next week dia daftar masuk PPUM, jadi nurse la lepas nie, ikut jejak bakal kak ipar dia ^_^. Nanti kalau kak sakit, boleh la tolong ubatkan. Adik Hazirah lak, awai bulan 7 nie baru daftar masuk Kolej Komuniti. Katanya, Form 6 susah, tue yang dia nak mintak tempat lain. Tak kisah la adik kat mana pun kita belajar, janji niat nak berjaya, InsyaAllah, Allah permudahkan segalaNya.


Nota Cinta : 
Semoga kamu semua beroleh kejayaan di dunai & di akhirat. 

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..
Jemput la komen sebab komen anda semua sangat la berharga :)