Assalamualaikum :)
Jom kita tengok macam mana nak bersangka baik pada orang. Actually benda nie lama dah aku cari, belek punya belek aku jumpa pasal nie kat facebook sorang kakak nie. Apa pun, thanks banyak-banyak kat kakak tue sebab bagi aku share pasal benda nie :)
1. Bila berjumpa dengan seseorang, YAKINLAH bahawa dia lebih baik dari kita.
2. Jika berjumpa dengan budak kecil, katakan pada hati, "budak ini belum bermaksiat kepada Allah sedangkan aku lagi banyak maksiat dari dia. Mesti dia jauh lebih baik dari aku."
3. Jika berjumpa dengan orang tua, katakan pada diri, "dia lagi lama beribadah dari aku, konfirm dia lagi baik dari aku."
4. Jika berjumpa dengan orang yang berilmu, bisik pada hati, "dia lagi banyak tahu dari aku, mesti dia lagi baik dari aku."
5. Jika berjumpa dengan orang bodoh, bisik pada hati, "dia buat maksiat pada Allah dalam keadaan dia tak tahu sedangkan aku buat maksiat dalam keadaan aku tahu akibatnya."
6. Bila berjumpa dengan orang kafir, katakan pada diri, "aku tak tahu pengakhiran hidup dia mungkin masuk Islam, dan mungkin pengakhiran aku boleh jadi kufur."
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum..
Jemput la komen sebab komen anda semua sangat la berharga :)