Assalamualaikum :)
02 September 2012 - Selamat Hari Lahir buat ayahandaku yang tercinta. Moga dipanjangkan umur. Diberikan kesihatan yang berpanjangan. Moga kau sentiasa dilindungi Allah. Terlalu banyak pengorbanan yang telah kau lakukan. Walaupun usia semakin memakan waktu namun kau tetap tersenyum. Walaupun kesihatan semakin tidak menentu kau tetap tersenyum.
Ayah.! Terima kasih kerana telah membesarkan adik & kakak dengan penuh kasih sayang. Ayah paling cool, tak cepat melatah, jarang marah, tak banyak kerenah, yang paling best, senang nak 'kautim'. Aku akui memang susah nak tengok ayah marah, maybe sebab ayah sorang ja laki dalam family aku, tue sebab ayah jarang sikit nak marah. Apa pun kalau ayah tak puas hati dengan perangai aku n kakak aku, ayah akan bgtau mak. So, mak akan gtau kami, then mak cakap, buat perangai elok-elok sebelum ayah bersuara. Tapi aku tengok, ayah buat biasa ja, mak ja yang gertak kami macam tue. Maybe mak lebih faham ayah, sebab tue mak cakap macam tue.
Ayah memang the best among the best la. Kalau nak pegi mana-mana, mesti ayah stress sebab kena tunggu anak-anak dara dia bersiap. Kadang-kadang tue, ayah dah siap start keta, kami baru nak siap. Yang paling teruk, tunggu nak tutup pintu pagar luar ja, kami duk dalam rumah lagi, duk bersiap. Tapi ayah tak pernah nak hon, jarang sekali nak mengomel, dia tunggu ja dalam keta. Memang tinggi betul tahap kesabaran ayah. Maafkan anak-anakmu yer wahai ayahku.
Ayah nie perangai dia pelik sikit. Dia suka buat kejutan. First, lepas aku habis SPM. Ayah daftarkan aku untuk amik lesen keta. Dia balik ja rumah, dia cakap, esok adik p belajar memandu yer. Ha tue dia, mau gugur jantung. Tapi, alhamdulilah, aku dapat lesen even aku fail bukit 2 kali..hehe. Sekarang nie, aku jadi driver ayah & mak lak. Ayah selalu buli aku, suruh aku drive then ayah duk belakang jadi boss besar. Second, ayah belikan keta untuk aku. Tak dak angin, tak dak ribut, one day tue dia bawak balik surat keta suruh aku sign. Alasan dia, keta dia besar sangat nak suruh aku drive pun. Itu sebab dia belikan keta lain untuk aku. Actually, ayah sayangkan keta dia tue, takut aku bagi calar kot..hehe.
Aku harap one day aku akan suami yang macam ayah. Yang faham anak-anak dia, yang sanggup susah payah demi anak-anak, yang paling penting, yang tak pernah lupa tanggungjawab pada agama.
I love you and I am so proud to be your daughter. You will always be my King. May ALLAH bless you always. Happy 61st Birthday Ayah ♥
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum..
Jemput la komen sebab komen anda semua sangat la berharga :)