Assalamualaikum :)
Piala Malaysia 2012 dah melabuhkan tirainya semalam. Tahniah kepada Kelantan yang berjaya menjulang piala tuh. Sedikit sedih la sebab ATM kalah, apa pun ATM tidak memberikan kemenangan yang mudah kepada Kelantan semalam. Sama handal, sama hebat :) 3-2 kira ok la kan. ATM boleh cuba lagi untuk musim depan.
Semalam kitaorg menyibukkan diri pegi stadium. Gila punya ramai, penuh dengan gelombang merah ja. Jenuh jugak la nak mencari parking. 3 4 kali jugak la pusing cari parkir. Kesian kat driver terpaksa ikut kerenah kitaorg yang gila bola nie. Dah sampai stadium memang best la, dengar orang-orang jerit, tengok penyokong yang macam-macam ragam, serius rindu gila dengan suasana yang macam tue. Last p stadium pun tahun lepas, time Kedah dengan Kelantan, tue pun Kelantan menang jugak time tuh.
Aku & Kal a.k.a gendut tue sokong ATM. Yang mek lagi dua orang tue, Yusrina & Ekin sokong Kelantan. Konon-konon mek la kan, padahal mek celop ja >.< Time kat stadium tue, duk kecek Kelantan sokmo la. Sorang mengaku duk Jeli, sorang mengaku duk Pasir Mas. Tapi terlepas jugak cakap KL..HAHA. Kantoi la kan.
Kitaorg balik awal dari orang lain, sebabnya tak nak bersesak. Nanti lewat lak kan nak sampai KL. Sampai ja KL, kitaorg singgah Dataran Merdeka lak, diaorg pasang screen kat situ. So melepak lak kat situ, semua orang usha pelik ja kat kitaorg, mana tak nya, kitaorg nie dengan muka bersticker. Mesti diaorg heran, dari pelusuk mana la kitaorg nie muncul kan. Kat Dataran Merdeka, ramai kot yang sokong Kelantan, tapi gua tak pedulik, menang ka kalah ka, gua tetap sokong ATM. Kepada abang-abang askar, mohon jangan bersedih yer =.=
Terkejut tengok ramai sangat orang kat stadium
*sila lempang ;p
We are "The Gladiators"
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum..
Jemput la komen sebab komen anda semua sangat la berharga :)