Kakitangan

Hello Langkawi

Assalamualaikum :)


Finally, dapat jugak bercuti di Langkawi walaupun last minit punya plan. Nak pegi Khamis tapi Selasa baru terhegeh-hegeh cari homestay la, cari keta sewa la. Dan la kena berleter dengan mak jap, buat keja last minit. Nasib baik ada jugak homestay yang kosong, harga pun ok jugak la, al-maklum la pegi time cuti sekolah, memang harga mahal la. Tue pun terpaksa berpindah randah jugak. Semalam kat Ulu Melaka, semalam lagi kat Kedawang. It's ok, tourist guide kitaorang memang orang Langkawi, so dia memang expert la bab-bab Langkawi nie. Cakap je nak pegi mana, semuanya dia bawak p tanpa membantah. Dah kata sayang, mestilah sanggup ikut je mana nak pegi kan. Cewaahhh..time sayang kan. Bila time melayang, tengok muka pun mesti dah tak sudi kan. Mintak-mintak tak macam tue la.

Bukan setakat last minit punya plan, tera nak sampai Kuala Kedah tue, alahai sedih betul. Naik bas dari Sungai Petani ke Shahab Perdana. Dari Shahab Perdana mintak tolong bekas kekasih hati hantarkan ke Kuala Kedah. Fuhhhh, lap peluh. Baru betul-betul journey kan. Nasib baik la bekas kekasih hati masih baik hati macam zaman bercinta dulu-dulu. Bukannya tak boleh nak drive terus dari Sungai Petani ke Kuala Kedah tue tapi keta kat rumah ada satu ja, nanti mak ayah nak gerak pegi mana-mana tak boleh plak kan, lagipun keta ayah yang accident hari tue belum siap lagi. 

Dah sampai Langkawi kitaorang sampai tak tau nak pegi jalan mana. Yang kitaorang tau, shopping coklat tak pun jalan-jalan kat Pantai Chenang. Tourist guide pun geleng kepala dengan kitaorang, kalau boleh shopping sampai tak ingat dunia. Harus lah, dah nama pun perempuan kan. Perempuan dengan shopping memang tak dapat dipisahkan. Pagi Jumaat kitaorang plan nak pegi Cable Car tapi tak dapat pegi. Keta lak rosak pagi tue, tengah hari jugak la nak tunggu owner tue datang perbaik. So terpaksa cancel kan nak pegi Cable Car.. T___T Sedih tau tak, dah la teringin sangat nak pegi situ. Petang tue pegi Underwater World, tengok penguin yang comel macam saya..#EH :). Tiket kitaorang 10hengget ja, kalau tak 18hengget, tue pun tourist guide kitaorang ada kawan yang keja kat situ. Tourist guide kitaorang tue masuk free ja, ceehhhh sangat, patut la dia tak teruja macam kitaorang. 





Nampak tak, kitaorang bercuti dua orang ja. Berdua lebih baik. Act, plan nya ramai yang nak pegi tapi last minit suma pakat tak jadi. Last-last yang jadinya kitaorang dua orang ja. InsyaAllah kalau ada rezeki, bulan 8 nanti akan kitaorang jejaki Langkawi lagi. Again?? Mestilah, pegi hari tue tak puas kot. Kali nie, ramai jugak yang katanya nak ikut. Bila lagi kan nak jimba-jimba macam nie, tahun depan pakat-pakat nak naik pelamin.  Aku jugak la yang keseorangan T___T *gedik. 


Tadaaaa..!!!

Nie dia tourist guide kitaorang. Artis sangat, dalam feri pun nak pakai oakley lagi. Gambar nie beliau ada post kat facebook. Letak plak caption honeymoon time. Memang ramai la yang pakat duk bom kat gambar tue. Diaorang cakap beliau balik Langkawi sebab nak bertunang, mana tak nya beliau cuti seminggu. Kalau betul la bertunang, gua la orang paling bahagia. #EH tetiba plak. 

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..
Jemput la komen sebab komen anda semua sangat la berharga :)