Kakitangan

Tak Susah Tak Senang

Assalamualaikum :)



Kehidupan kita sering kali terjadi banyak perkara yang memerlukan kita untuk membuat pilihan. Keputusan demi keputusan telah kita buat dalam kehidupan seharian kita. Kadangkala memerlukan kepada pertimbangan yang lama, dan kadangkala juga mungkin sepantas kilat. Apa pun, kita harus bijak dalam membuat keputusan agar kita tak menyesal di kemudian hari.

Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih ALLAH tiada bertepi, sayang ALLAH janjiNYA pasti. Yes, tepat.! Kasih manusia memang sering bermusim & sayang yang kadangkala tidak kekal lama. Oleh itu kita perlu lebih berwaspada dalam memilih pasangan.

Selalunya dalam percintaan, memilih adalah sesuatu perkara yang paling mudah. Cari yang hensem ala-ala pelakon korea, dompet lak tebal, nanti senang la nak belanja awek shopping kan, tapi hakikatnya memilih adalah sesuatu perkara yang susah. Contohnya macam perempuan, memilih antara lelaki yang dah lama menyintai atau memilih lelaki yang baru menyintai. Baik buruk nya perlu di nilai. Banyak benda kena fikir, nak jaga hati keluarga, hati si lelaki dan hati orang disekeliling. Hati sendiri? Tolak tepi dulu sebab time bercinta tak semestinya kita harus menjaga hati kita.

Bila harus memilih, pilihlah yang kedua sebab kalau kita betul-betul mencintai yang pertama, kita takkan sama sekali jatuh cinta untuk yang kedua. So, betul kan? Kenapa perlu cari yang lain kalau betul setia. Standard la kan, manusia memang macam tue, walau dah ada yang sekalipun tetap pandang yang lain. Susah mencari yang setia dan mudah mencari yang sekadar untuk bersuka.

Apa pun, jangan biar diri sendiri berada dalam situasi memilih sebab banyak hati akan terluka dan jangan pula salah memilih sebab future nanti bila kita sedar kita dah tersalah pilih, kita takkan dapat peluang yang sama lagi. Time tue sedih ke, kecewa ke, memang dah tak berguna dan yang paling sakit bila satu-satu kenangan dengan dia kita ingat. Ok, nie yang jadi kat aku sekarang :(

Conclusion nya, tak salah jika mahu memilih tapi buat lah pilihan yang terbaik. Pilihan tue bukan saja untuk hari nie tapi untuk masa akan datang jugak. Cinta tue tak susah, cuma manusia yang selalu susah kerana cinta. Cinta juga tak kejam, cuma manusia yang kejam kerana cinta dan cinta tue tak perlu untuk memilih cuma manusia yang sering memilih cinta. #Take noted untuk diri sendiri.


p/s penaja : Sepatutnya dari sini saya taw, tapi saya butakan mata sebab rasa kisah lama.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..
Jemput la komen sebab komen anda semua sangat la berharga :)