Kakitangan

I'm Back!

Assalamualaikum :)


Dah lama rasanya tak jenguk blog nie. Berhabuk bersawang tak payah nak cakap la, mana tak nya, entry last pun tahun 2013 bulan 9. Busy sungguh cara nie, ka pemalas tak tau nak kata la kan. So jom bersihkan blog nie dengan story mory! Stay tune ya!

Akhirnya.....

Assalamualaikum :)


Say HELLO to SEPTEMBER :) Bak kata Green Day " Wake me up when September ends ". So ada apa dengan September? A little bit special dalam bulan nie. Kesayangan-kesayangan aku bakal bertambah umur. Aku plak bakal meneruskan study untuk semester 6. Baca betul-betul..SEMESTER 6 okay :) *feeling senior sangat. InsyaAllah, tahun depan habislah study. Tak sabar rasanya nak melangkah ke alam pekerjaan, nak rasa pegang duit sendiri, nak berbakti kat mak ayah & the most important, nak K.A.H.W.I.N..!! Hope semester 6 nie lebih indah dari semester-semester lepas even subjek untuk semester lepas tak sekiller subjek semester 6. Act, tak la killer mana pun. Dah belajar benda nie dari diploma lagi, seharusnya dah sebati dalam diri, cuma lebih advanced sikit la kan. Tapi kalau betul-betul belajar, betul-betul faham, tak main-main, InsyaAllah boleh punya. Kena susah dulu la sebelum nak berjaya, ye dak? 


Sooo September..here we go. Birthday shout to Ayah (2/9), Ina (14/9) & Man (16/9).
Happy belated birthday Encik Johari. Sweet 62nd Ayah :) Thanks sentiasa ada ketika susah & senang, tak pernah letih layan kerenah adik. Adik doakan ayah panjang umur & dimurahkan rezeki selalu. You're an amazing dad.! :)

Happy birthday in advance untuk bff, Nur Amalina & Mohd Loqmanul Hakim. Sweet 23rd korang :) Semoga korang panjang umur & dimurahkan rezeki selalu. Korang la kawan aku yang paling giler-giler. Hope friendships kita kekal selamanya. Untuk Ina, selamat melangkah ke alam perkahwinan. Moga jadi isteri solehah, elak kan buat perangai tak semengah hang tue okay. Untuk Man, hang la satu-satunya kumbang merangkap papa dalam friendships kita nie. Hang jugak Dr.Love kami. Kesian hang kan kena layan kami-kami nie. Besa la, sayang-sayang hang nie selalu ja ada masalah cinta. Aku doakan semoga hang cepat-cepat bertemu jodoh. Harap nanti bila dah ada bini, kasih sayang hang kat kami tetap utuh seperti biasa la yer :)

Raya Punya Pasal

Assalamualaikum :)

Alhamdulilah, pejam celik pejam celik hari nie dah 19 Ramadan. Mesti suma pakat sibuk buat preparation untuk raya kan. Dan sudah semestinya Sogo, Jalan TAR, Masjid Jamek & sewaktu dengan nya mesti penuh dengan segala macam manusia. Tak kira siang tak kira malam, ramai je orang. Al-maklum la pakat-pakat dapat bonus. Shopping sakan la, raya pun setahun sekali je kan. 

Gua ja yang tak boleh nak shopping sakan, hanya mampu cuci mata ja. Al-pak cik al-MARA belum bank in lagi duit kat gua. Tetiba bulan nie rasa lambat lak nak hujung bulan, selalunya gua cool ja, tak kisah pun hujung bulan ke awal bulan ke tengah bulan ke. Maybe sebab gua teruja nak shopping raya kot. Agak pelik di situ, gua nie sebenarnya bukan suka shopping. Pakai ja apa yang ada selagi boleh, dah nazak sangat baru beli baru. Tue pun fikir jugak 2 3 4 kali sebelum nak beli. Bukan kedekut ok, tapi jimat selagi boleh. Duit lebih simpan dalam tabung untuk kawen, #EH...

Mak plak, tetiap hari call tanya dah beli belum baju raya. Dengan senang hatinya gua jawab la belum dengan harapan mak akan hulur sikit bantuan untuk anak nya nie. Tapi dengan sedih nya mak cakap, mintak la kat kakak, mak malas nak pegi bank in duit kat adik. Kalau tak nak mintak kat kakak, nanti balik Kedah kita p beli baju. Alalalala, gua balik Kedah pun 5aribulan nie. Takut nanti tak dak yang berkenan. Gua nie dah la susah nak cari baju yang ready made. So gua pun terpaksa la buat muka comel kat kakak untuk mintak dia sponsorkan baju raya kat gua untuk tahun nie. Kakak ok ja tapi yang tak syok nya boleh plak dia letak syarat. Baju di sponsor tapi duit raya kena potong. Ceehhh kejam betul. Macam la adik dia ramai sangat sampai duit raya pun nak potong. Sorang ja pun adik dia nie. Agaknya pagi raya nanti, gua kena buat muka comel lagi untuk kedua kalinya untuk dapat duit raya lebih..*ok, angkat kening :)

Finally, gua berjaya grab sepasang baju kurung moden setelah dua minggu misi mencari baju raya. Kakak pun naik tension dengan gua. Punya banyak kedai kat Jalan TAR tue suma nya gua tak berkenan. Hajat di hati tahun nie nak pakai baju raya warna biru tapi kebanyakkan kedai tak da warna biru. Kalau ada pun biru macam warna baju pengawas. Kakak cakap, kalau nak sangat biru, baik pakai je baju pengawas gua yang dulu tue. Hamboih kakak, kasaq betul dia melawak. Ala kakak, gua nak biru Chelsea la bukan nya biru pengawas.

Harap tahun nie gua dapat la duit raya. Tapi kan, semua dah tak nak kasi duit raya kat gua. Tahun nie gua nak tukar strategi la, pegi raya tak nak drive. Naik ja dengan ayah, baru la gua nampak macam budak-budak kan. Haaa tak pun gua join ja sepupu sepupu gua kayuh beskal pegi kutip duit raya. Waahhhh mesti ayu giler kan. Tapi kan tapi, gua tak boleh nak raya sakan sangat, sebab raya ke-8 gua final exam. Alahai la...*tepuk dahi.

#Rasanya lagu kat blog nie kena tukar laaa..buh lagu raya pun best jugak kan :)

Tak Susah Tak Senang

Assalamualaikum :)



Kehidupan kita sering kali terjadi banyak perkara yang memerlukan kita untuk membuat pilihan. Keputusan demi keputusan telah kita buat dalam kehidupan seharian kita. Kadangkala memerlukan kepada pertimbangan yang lama, dan kadangkala juga mungkin sepantas kilat. Apa pun, kita harus bijak dalam membuat keputusan agar kita tak menyesal di kemudian hari.

Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih ALLAH tiada bertepi, sayang ALLAH janjiNYA pasti. Yes, tepat.! Kasih manusia memang sering bermusim & sayang yang kadangkala tidak kekal lama. Oleh itu kita perlu lebih berwaspada dalam memilih pasangan.

Selalunya dalam percintaan, memilih adalah sesuatu perkara yang paling mudah. Cari yang hensem ala-ala pelakon korea, dompet lak tebal, nanti senang la nak belanja awek shopping kan, tapi hakikatnya memilih adalah sesuatu perkara yang susah. Contohnya macam perempuan, memilih antara lelaki yang dah lama menyintai atau memilih lelaki yang baru menyintai. Baik buruk nya perlu di nilai. Banyak benda kena fikir, nak jaga hati keluarga, hati si lelaki dan hati orang disekeliling. Hati sendiri? Tolak tepi dulu sebab time bercinta tak semestinya kita harus menjaga hati kita.

Bila harus memilih, pilihlah yang kedua sebab kalau kita betul-betul mencintai yang pertama, kita takkan sama sekali jatuh cinta untuk yang kedua. So, betul kan? Kenapa perlu cari yang lain kalau betul setia. Standard la kan, manusia memang macam tue, walau dah ada yang sekalipun tetap pandang yang lain. Susah mencari yang setia dan mudah mencari yang sekadar untuk bersuka.

Apa pun, jangan biar diri sendiri berada dalam situasi memilih sebab banyak hati akan terluka dan jangan pula salah memilih sebab future nanti bila kita sedar kita dah tersalah pilih, kita takkan dapat peluang yang sama lagi. Time tue sedih ke, kecewa ke, memang dah tak berguna dan yang paling sakit bila satu-satu kenangan dengan dia kita ingat. Ok, nie yang jadi kat aku sekarang :(

Conclusion nya, tak salah jika mahu memilih tapi buat lah pilihan yang terbaik. Pilihan tue bukan saja untuk hari nie tapi untuk masa akan datang jugak. Cinta tue tak susah, cuma manusia yang selalu susah kerana cinta. Cinta juga tak kejam, cuma manusia yang kejam kerana cinta dan cinta tue tak perlu untuk memilih cuma manusia yang sering memilih cinta. #Take noted untuk diri sendiri.


p/s penaja : Sepatutnya dari sini saya taw, tapi saya butakan mata sebab rasa kisah lama.

Marhaban Ya Ramadhan

Assalamualaikum :)


Marhaban Ya Ramadhan :)
Alhamdulilah, pejam celik pejam celik,
dah masuk Ramadhan.
Sekejap betul kan, mulut nie tak habis-habis
mengucap syukur sebab masih diberi kesempatan
untuk bertemu bulan Ramadhan yang penuh berkat nie.
Bermula jugak la misi mencari malam Lailatul Qadar.
Semoga kita sama-sama dapat bertemu malam seribu rahmat.
Semoga ALLAH pelihara iman kita
sepanjang Ramadhan kali ini, InsyaAllah. 
Jadi, sesama la kita buat seberapa banyak amalan di bulan 
yang mulia nie.
Tiada bulan yang seindah bulan Ramadhan :)

Happy Fathers Day

Assalamualaikum :)

" Kasih Ibu Membawa Ke SyurgaKasih Ayah Sepanjang Masa "


AYAH...
" Antara hero yang paling aku kagumi. Yang paling unik pernah aku kenali. Amanahnya dilunaskan dengan baik sekali. Hatinya semangat waja dengan berkorban mencari rezeki demi anak & isteri.. "




Encik Johari Bin Mat Kasim, Happy Fathers Day.! :) Thanks for everything that you have done for me, for kakak and for mak also. I love you and I am so proud to be your daughter. You will always be my King. May ALLAH bless you always.  

Hello Langkawi

Assalamualaikum :)


Finally, dapat jugak bercuti di Langkawi walaupun last minit punya plan. Nak pegi Khamis tapi Selasa baru terhegeh-hegeh cari homestay la, cari keta sewa la. Dan la kena berleter dengan mak jap, buat keja last minit. Nasib baik ada jugak homestay yang kosong, harga pun ok jugak la, al-maklum la pegi time cuti sekolah, memang harga mahal la. Tue pun terpaksa berpindah randah jugak. Semalam kat Ulu Melaka, semalam lagi kat Kedawang. It's ok, tourist guide kitaorang memang orang Langkawi, so dia memang expert la bab-bab Langkawi nie. Cakap je nak pegi mana, semuanya dia bawak p tanpa membantah. Dah kata sayang, mestilah sanggup ikut je mana nak pegi kan. Cewaahhh..time sayang kan. Bila time melayang, tengok muka pun mesti dah tak sudi kan. Mintak-mintak tak macam tue la.

Bukan setakat last minit punya plan, tera nak sampai Kuala Kedah tue, alahai sedih betul. Naik bas dari Sungai Petani ke Shahab Perdana. Dari Shahab Perdana mintak tolong bekas kekasih hati hantarkan ke Kuala Kedah. Fuhhhh, lap peluh. Baru betul-betul journey kan. Nasib baik la bekas kekasih hati masih baik hati macam zaman bercinta dulu-dulu. Bukannya tak boleh nak drive terus dari Sungai Petani ke Kuala Kedah tue tapi keta kat rumah ada satu ja, nanti mak ayah nak gerak pegi mana-mana tak boleh plak kan, lagipun keta ayah yang accident hari tue belum siap lagi. 

Dah sampai Langkawi kitaorang sampai tak tau nak pegi jalan mana. Yang kitaorang tau, shopping coklat tak pun jalan-jalan kat Pantai Chenang. Tourist guide pun geleng kepala dengan kitaorang, kalau boleh shopping sampai tak ingat dunia. Harus lah, dah nama pun perempuan kan. Perempuan dengan shopping memang tak dapat dipisahkan. Pagi Jumaat kitaorang plan nak pegi Cable Car tapi tak dapat pegi. Keta lak rosak pagi tue, tengah hari jugak la nak tunggu owner tue datang perbaik. So terpaksa cancel kan nak pegi Cable Car.. T___T Sedih tau tak, dah la teringin sangat nak pegi situ. Petang tue pegi Underwater World, tengok penguin yang comel macam saya..#EH :). Tiket kitaorang 10hengget ja, kalau tak 18hengget, tue pun tourist guide kitaorang ada kawan yang keja kat situ. Tourist guide kitaorang tue masuk free ja, ceehhhh sangat, patut la dia tak teruja macam kitaorang. 





Nampak tak, kitaorang bercuti dua orang ja. Berdua lebih baik. Act, plan nya ramai yang nak pegi tapi last minit suma pakat tak jadi. Last-last yang jadinya kitaorang dua orang ja. InsyaAllah kalau ada rezeki, bulan 8 nanti akan kitaorang jejaki Langkawi lagi. Again?? Mestilah, pegi hari tue tak puas kot. Kali nie, ramai jugak yang katanya nak ikut. Bila lagi kan nak jimba-jimba macam nie, tahun depan pakat-pakat nak naik pelamin.  Aku jugak la yang keseorangan T___T *gedik. 


Tadaaaa..!!!

Nie dia tourist guide kitaorang. Artis sangat, dalam feri pun nak pakai oakley lagi. Gambar nie beliau ada post kat facebook. Letak plak caption honeymoon time. Memang ramai la yang pakat duk bom kat gambar tue. Diaorang cakap beliau balik Langkawi sebab nak bertunang, mana tak nya beliau cuti seminggu. Kalau betul la bertunang, gua la orang paling bahagia. #EH tetiba plak.