Kakitangan

Tarik Upih Part 1

Assalamualaikum
Hye suma
Sihat ker? Harap harap sihat la hendaknya yer
Korang penah main tarik upih tak?
Haa apa...korang tak tau apa tarik upih
Okeh meh nak story apa tue tarik upih
Tarik upih merupakan satu permainan kanak-kanak yang dimainkan
oleh kanak-kanak di beberapa negara ASEAN.
Upih pinang adalah pelepah/pangkal daun pokok Pinang.
Lazimnya apabila pelepah ini tua, ia akan luruh atau jatuh ke tanah. 
Ketika pelepah ini jatuh ia masih berguna. 
Daun pinang dari pelepah itu akan dibuang dan dijadikan hulu
atau tempat untuk menarik upih tersebut.
Cara permainan dia pulak
Upih ini mesti dimain dengan dua orang atau lebih. 
Seorang mesti menjadi tukang tarik dan seorang lagi duduk dalam upih.
Biasanya yang seronok adalah apabila orang menarik kita. 
Terasa punggung macam digeletek. 
Tetapi sakit juga kalau terlanggar tunggul kayu atau ketul batu. 
Upih ni boleh naik seorang, dua orang, tiga orang atau berapa saja asalkan
muat dan bergantung kepada saiz upih yang luruh itu.
Biasanya muat setakat seorang dua saja. 
Permainan upih ini seronok kalau kita adakan pertandingan atau perlumbaan. 
Kenalah ada ramai kawan-kawan yang jadi penarik dan "penunggang" upih.
Cuma lecehnya, upih ni nak kena tunggu luruh dulu baru boleh main.
Upih pula bukan luruh hari-hari atau selalu. 
Biasanya yang lebih tua / besar akan menjadi penarik,
sementara yang kecil menjadi penunggangnya. 



* Ihsan dari pak cik Google *

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..
Jemput la komen sebab komen anda semua sangat la berharga :)