Kakitangan

Cendol ouhhh Cendol

Assalamualaikum :))

I'm back. Dah lama rasanya tak update blog nie. Agaknya dah berhabuk plus bersawang kot.
Tu dia aihh sampai macam tue sekali. Agak-agak korang ada tak mana mana mak mertua berkenan anak dara yang macam aku nie. "ampun mak mertua ku, cek bukan malas tapi kekadang jer.." * ayat pasrah yer kengkawan. Kalau dah berhabuk bersawang, apa lagi. Jom la kita kasi bersih balik. Berbalik kepada entry kat atas tue, al-kisahnya pasal cendol. Aikk.. Kenapa cendol yer? Si kechik nie bukak bisness cendol lak kan. Ishh bukan bukan. Let's straight to the point yer, tak mau belok belok. Kalau nak belok gak, sila pandang kiri kanan dulu yer. 

Actually, lepas balik keja tadi, pakat duk mengidam nak makan cendol. Apa?? Mengidam sebab mengandung ka. Aihh bukan mengandung la. Kawin pun belum, mai kot mana lak nak mengandung mengandung nie. So, bermula la misi mencari kedai cendol bersama princess princess kesayangan aku tue.
First tue, kami p serbu gerai tepi jalan depan ILP nie. Alaa..tak da la plak cendol. Okeh tak pa tak pa, jom p cari lagi, kot kot ada. Misi diteruskan sampai kat pekan Kepala Batas sana nuh. Tu dia, punya semangat nak makan cendol. Tapi apa kan daya, tak da jugak. Hukhuk. Sedih tak terkira. 

Sebelum nak balik ILP, si princess Rushda suruh singgah kat Bertam Indah. Dia kata kot kot ada kat situ. Cari punya cari, tak ada jugak Last last, singgah beli goreng pisang dengan air nyok ja la. Ha, apa dia? Ampa tak tau ka nyok tue apa. Ha sat sat cek nak habaq, nyok tue sama dengan kepala, eh bukan kepala la tapi kelapa. Apa dia la si kechik nie, duk main main lak. Tetiba ja rasa ringan mulut lak nak bertanya kat abg jual air nyok tue kat area tue ada jual cendol tak. Dengan nada yang agak lambat, abg tue jawab tak tau la. Adui abg, tak payah la nak malu malu nak jawab. Si kechik nie hanya bertanya ja pun, tak da niat pun nak ngorat abg. Abg tak tau, yang si kechik nie takut dengan si chenta hati dia tue. *pengakuan ikhlas dari hati okeh 
!*

Dah habis membeli, kami pun apa lagi, blah la nak balik. Langit pun dah agak mendung, menandakan hari nak hujan. Tetiba, nak dijadikan cerita, kami terpandang satu gerai. Nak tau tak gerai apa. Gerai cendol la. Depan kami parking motor lak tue. Tak berapa jauh dengan gerai abg yang jual air nyok tue. Tapi, gerai tue dah tutup. Rasa nak garu lak kepala yang tak berapa nak gatal nie. Agak pelik la bila abg tue tak tau kewujudan gerai cendol tue. Padahal selang satu gerai ja pun dengan gerai dia tue. Ka abg tue jeles kalau kami duk p selalu kat gerai cendol tue. HAHAHA. Menyampah nyahh, ayat gedik. Ampun yer cik chenta hati. Gurau gurau jer. Kepada abg air nyok tue, tak baik tau menipu. Apa salahnya bagitau benda yang betul, kan dapat jugak pahala sebab menolong kami kami yang tengah mengidam cendol nie. Ahaks.

Time nak balik,langit mendung sesangat. Dalam hati duk fikir, sempat ke tak sampai rumah nie. Si princess Rushda & si princess Amalina singgah Petronas dulu. Aku & si princess Asita terus balik rumah. Elok ja nak sampai ILP, hujan la plak. Apa lagi, si princess Asita memecut Mr.Wave dia tue dengan selaju yang mungkin.
Tapi kan, apa kan daya. Basah jua akhirnya. Dah la dengan hujan yang turun bagaikan batu batu yang di baling dari atas ke bawah. Sakit kot. Tapi apa pun, Alhamdulilah kami berempat selamat sampai di rumah masing masing dengan selamatnya. 


p/s : kepada princess princess kesayangan, nanti kita p makan cendol kat Bertam Indah tue k :))

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..
Jemput la komen sebab komen anda semua sangat la berharga :)