Alhamdulilah syukur ke hadrat Ilahi,
setelah penat lelah selama 3 tahun,
akhirnya aku berjaya mendapat segulung diploma.
Yeaayyy...
Aku happy hampa tau tak :-)
Wahai ibu ibu mertua di luar sana,
ada tak yang berminat nak jadikan aku nie menantu,
kan aku dah ada diploma.
Masuk bakul angkat sendiri ja kan budak nie ;p
Bukan hampa suma tak tau, ibu ibu mertua sekarang,
kalau boleh nak kan menantu yang ada pelajaran.
Maaf la yer, aku konvo 15 Oktober hari tue tapi
hari nie baru nak update.
Bukan apa, lately aku sibuk sikit,
al-maklum la dah nak dekat final exam kan.
Apa pun, thanks sangat kat mak dengan ayah sebab sudi
mai tengok anak mu berkonvo.
Untuk kawan kawan lak, tahniah sebab kita suma dah berkonvo.
Seronok dapat jumpa hampa suma.
Seronok jugak tengok yang mai konvo dengan tunang,
dengan suami, yang lagi seronok,
ada yang mai bawak baby dalam perut.
Sweet kan *bila agaknya turn aku kan.
Teringin la plak kan.
Sedih jugak la sebab Mr.H tak mai.
Tapi tak pa, konvo untuk ijazah ada lagi kan.
Time tue, Mr.H mai sebagai fiancee la.
InsyaAllah :-)
Cewah cewah, tinggi betul angan budak kecik nie kan.
Betul what, kena angan dulu la, baru nanti jadi
kenyataan kan.
Dah banyak sangat kot aku membebel,
jom layan gambar lak.
Last but not least,
bagi adik adik lepasan SPM yang nak apply
sambung diploma,
boleh la pilih KPTM sebagai pilihan
sebab tahun depan KPTM di naik taraf jadi
Kolej Universiti.
Berbangga jugak la sebab aku pernah belajar
kat situ.
Tak kisah la kat mana pun kita belajar,
IPTA ka IPTS ka,
janji kita ada usaha nak majukan diri sendiri.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum..
Jemput la komen sebab komen anda semua sangat la berharga :)