Assalamualaikum :)
Oh mama, saya mahu kawen, kawen dengan siapa, dengan lelaki pujaan saya la :) HaHaHa..tetiba rasa gatal nak nyanyi lagu nie kat mak. Agak-agak apa reaksi mak eh. Bagi green light kah, tak pun mak bersedia nak kejar aku dengan batang penyapu. Duk rasa nak kena batang penyapu dari mak bagi green light. Mana tak nya, study pun tak habis lagi, ada hati nak kawen. Memang tak dapat la. Bukannya tak boleh nak kawen time study, tapi bagi mak, biar bagi la study dulu, then kerja, baru fikir pasal kawen. Takut tak boleh nak fokus kalau kawen time study. Nanti buku ke mana, laki pun ke mana lak kan ^_^. Mak mesti lah faham anak dia macam mana kan :)
Korang penah tak kena tuju dengan soalan yang macam nie? Kerja ka study lagi? Dah ada calon ka? Bila nak kawen? Soalan paling femes kalau pegi kenduri kawen orang lain or dengan mak-mak sedara. Mak sedara aku selalu tanya, study apa lama-lama, nak gaji sampai bapa ribu la tue. Diaorang lak yang lebih-lebih risaukan pasal aku. Aku muda lagi la, baru 22 tahun, insyaAllah lagi 2 tahun habis lah study. Kerja dulu kumpul duit, balas jasa mak ayah, maybe lepas tue baru fikir pasal kawen. Sepupu-sepupu aku yang lain pun belum kawen lagi, semua nya muda mudi lagi. Along & kakak pun baru 24 tahun. Masing-masing sibuk nak start hidup cari duit sendiri.
Alhamdulilah, kawan-kawan aku ramai yang dah kawen. Tak kurang ramainya jugak yang dah bertunang.Dulu korang seorang, kini berdua, insyaAllah nanti bertiga berempat berlima maybe berenam lak kan. Ada yang dah jadi ibu, ada jugak yang bakal bergelar ibu. Semoga korang semua berbahagia hingga ke akhir hayat. Aku tumpang bahagia tengok korang semua bahagia. Teringin lak rasa nak lalui apa yang korang dah lalui tue. Doakan aku yer korang :)
* Farahin - Ex SKSL *
* Fatin - Ex SMKBSP *
* Najwa Jihada - Ex SMKBSP *
* Hafizi Eman - Ex SMKBSP *
* Fatah & Ekin - Ex KPTMAS *
Maaf yer korang, aku copy gambar korang kat facebook. Ada yang aku mintak kebenaran, pada yang tak, sorry k. Aku just nak kongsi kebahagiaan korang ja. Cepat-cepat dapat baby yer korang :) Mesti cantik & hensem macam korang semua.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum..
Jemput la komen sebab komen anda semua sangat la berharga :)