Kakitangan

Hilang

Assalamualaikum :)

Kehilangan adalah satu jalan kehidupan. Kita takkan merasa kehidupan tanpa merasa kehilangan. Ok, memang tak dapat nak dinafikan, manusia memang tak dapat lari dari kehilangan dalam hidup. Aku pun tak pasti, sama ada aku kuat ke tak nak hadapi sesuatu kehilangan. Takat kehilangan pakwe tue, normal la kan. Apa orang kata, yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti. Tak gitu?

Alhamdulilah, pada usia aku 23 tahun nie, aku masih ada lagi mak ayah yang sentiasa ada bersama aku ketika susah & senang. Aku tak bayangkan macam mana hidup aku tanpa mak ayah. Aku selalu berdoa, moga ALLAH sentiasa panjangkan umur mak ayah, berikan kesihatan yang baik pada mereka. At least, biar aku sempat balas segala jasa mak ayah kat aku. Kalau boleh, aku nak buat semua yang penah mak ayah buat time aku kecik-kecik dulu. Nak jaga mak ayah time kudrat depa dah tak berapa nak kuat, bawak depa jalan-jalan, bagi apa ja yang depa nak. Besar sungguh kan pengorbanan mak ayah pada kita. So no wonder la pepatah ada mengatakan, "Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah membawa bahagia". 

Tahun lepas, kami sekeluarga dikejutkan dengan kematian pak ndak. Before this memang arwah ada sakit, tapi lepas operation jantung, alhamdulilah ok. Punca kematian arwah bukan sebab jantung, tapi sebab arwah demam teruk, sampai effect ke otak. Doktor cakap, kalau arwah hidup pun, arwah akan jadi macam budak-budak balik. Tapi, umur arwah tak panjang, ALLAH lebih sayangkan arwah. Sedih plus terkilan sebab aku tak dapat balik tengok arwah sebab time tue aku tengah final exam. Lagi sedih tengok anak-anak arwah. Semuanya sekolah lagi, abang sekarang form 4, Arif tahun nie UPSR, adik lak baru darjah 1. Macam mana la perasaan depa kan, kehilangan abah pada usia depa yang masih muda. I can't imagine it. Ndak pun lagi la, lepas nie semua benda dia kena uruskan sendiri. Nasib baik time anak-anak dia nak masuk sekolah awal tahun nie aku ada kat Kedah, boleh la tolong ndak apa yang patut. Kalau balik kampung, mesti singgah amek anak-anak ndak. At least, depa tak la rasa sunyi kan duk rumah. Tak la duk ingat sangat kat arwah.


Jangan terlalu menangisi kematian itu tapi jangan pula dikeraskan hati. Bersedihlah dengan seeloknya dan tidak pula meleret-leret sampai sepanjang masa. Oleh itu, jadikanlah kesedihan itu sebagai ruang untuk kita meraih pahala daripadanNYA dan bukannya kita lemparkan dan luahkan segala kesedihan kita semata-mata kerana dunia. Dunia ini terlalu kecil untuk ditangisi. Semoga kita semua tabah menghadapinya.


No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..
Jemput la komen sebab komen anda semua sangat la berharga :)