Assalamualaikum :)
Entry hari nie nak dedicated buat ex-boyfriend. Alahai laaaa...Sweet betul entry kali nie. Wahai ex-boyfriend, di mana saja kamu berada sekarang, semoga kamu sihat hendaknya. How ur life now? Bahagiakah kamu tanpa saya? Atau kamu masih menunggu saya? Never say never la untuk saya kembali kepada kamu. Cukup la untuk sekali, saya dah tak sanggup nak amek risiko untuk bersama kamu kembali.
Sapa la saya nak terus hukum kamu kan. Manusia boleh berubah. Yes, exactly.! Tapi kalau betul kamu dah berubah, baguslah. Berubah untuk orang lain, bukan berubah untuk saya. Saya tak nak orang lain rasa apa yang saya rasa. 2 tahun yang lepas cukup menyeksakan saya. Tapi rasanya, saya boleh dapat award kot sebab tahan dengan perangai kamu tue. Sebabnya, Luqman Al-Hakim ada mengatakan, " Jika ingin mencari teman, ujilah dia dengan membuatnya marah. Jika dia tak sabar dengan sikapmu, jauhilah dia ". Saya rasa saya dah cukup bersabar dengan kamu. Kamu patut bersyukur sebab saya tak pernah nak jauhi kamu, saya bagi peluang untuk kamu berubah tapi hampeh. Kamu still macam tue. Untuk apa saya tunggu saya lagi, lebih baik saya blah kan. Bukan saya tak sayang tapi dengan perangai kamu tue buat saya tawar hati. MAAF.!
Apa pun yang pernah berlaku antara kita, saya tak pernah nak berdendam dengan kamu. Dalam jahat kamu, ada jugak baiknya. Tapi saya nak kamu ingat, tolong settlekan apa yang patut sebelum kamu tutup mata. Tue hal kamu dengan kakak, dengan saya, insyaAllah saya halalkan. Marah macam mana pun, benci macam mana pun, budi orang dekat kita, sedikit sebanyak kita kena ingat jugak.
* Kenangan 2011 *
Time nie, kamu speechless kan. Kata kamu, tak pernah lagi ada orang yang sambut besday kamu. See, nampak kan betapa saya sayangkan kamu tapi kamu tak pernah nak hargai semua tue. Kamu asyik kata saya berubah. Memang saya berubah tapi sila salahkan diri sendiri yer. Ikutkan saya malas je nak wish besday kat kamu tapi time besday saya hari tue kamu wish, so saya gagahkan jua diri untuk hantar mesej wish besday kamu. Dah kamu berbudi kan, saya pun berbahasa la.
Untuk kamu, selamat hari lahir yang ke-23. Semoga panjang umur & dimurahkan rezeki. Semoga dapat jodoh yang baik. Teruskan hidup kamu & jangan pernah sebut nama saya.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum..
Jemput la komen sebab komen anda semua sangat la berharga :)